PROGRAM
LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5
BAHAGIAN
PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
|
|
Tajuk
|
SISTEM RANGKAIAN
DAN DUNIA INTERNET
|
Topik
|
1.0 PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN
|
A. Objektif
Pada akhir sesi ini, peserta dapat:
1.
Menerangkan konsep
rangkaian.
2.
Menerangkan medium
rangkaian : wayar dan tanpa wayar.
3.
Menyatakan kegunaan
rangkaian.
4.
Membuat ilustrasi
model rangkaian.
|
|
B. Kandungan Pengajaran
1.1 Perkembangan
Rangkaian.
1.2 Maksud
Rangkaian.
1.3 Kegunaan
Rangkaian.
1.4 Jenis
Rangkaian.
1.5 Jenis
Senibina Rangkaian.
1.6 Jenis
Topologi.
1.7 Jenis
Teknologi Komunikasi.
|
|
PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN
1.1 Perkembangan Rangkaian
Rangkaian
yang pertama ialah pada sekitar akhir 1960-an dan awal 1970-an, iaitu ARPANET
yang dibina oleh ARPA untuk Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat.
Perkembangan rangkaian komputer bermula pada tahun 1969 ketika jabatan
Pertahanan Amerika membentuk Defense Advance Research Projects Agency (DARPA)
yang bertujuan mengadakan penyelidikan mengenai cara menghubungkan sejumlah
komputer sehingga membentuk rangkaian.Program penyelidikan ini dikenali dengan
nama ARPANET ( Advance Research Projects Agency Network ). Pada tahun 1970, lebih
dari 10 buah komputer telah dapat dihubungkan, saling berkomunikasi dan
membentuk sebuah rangkaian.
Pada
tahun 1972, Roy Tomlinson telah membangunkan satu aplikasi iaitu Mel Elektronik
(emel) untuk penyelidikan ARPANET. Aplikasi tersebut mendapat sambutan baik
pada ketika itu dan pada waktu yang sama "at" atau "pada" ([@])
diperkenalkan sebagai ikon dari emel tersebut. Pada tahun 1973, jaringan
komputer yang diberi nama ARPANET mulai dikembangkan meluas keluar dari Amerika
Syarikat. University College di London merupakan komputer anggota
rangkaian ARPANET pertama di luar Amerika Syarikat. Pada tahun yang sama
dua orang ahli komputer Vinton Cerf dan Bob Kahn membentangkan sebuah gagasan
yang lebih besar yang menjadi pengasas pemikiran rangkaian antarabangsa (International Network) iaitu Internet.
Idea ini dipersembahkan untuk pertama kalinya di Sussex University.
Pada 26 Mac 1976, dimana pada masa itu ratu Inggeris telah berjaya mengirimkan sebuah emel dari Royal Signals and Radar Establishment di Malvern. Setahun kemudian, lebih dari 100 komputer telah bergabung dalam sistem ARPANET dan membentuk sebuah rangkaian atau Network.
Pada
tahun 1979, Tom Truscott, Jim Ellis, dan Steve Bellovin telah mencipta
Newsgroups pertama yang dikenali sebagai USENET (User Network). Pada tahun
1981, France Telecom telahn mencipta dan melancarkan telefon televisyen pertama
dunia (pengguna dapat saling berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan
pautan video (video link)).
Seiring dengan bertambahnya komputer yang membentuk rangkaian, sebuah protokol rasmi yang dapat diakui dan diterima oleh semua rangkaian diperlukan. Pada tahun 1982, sebuah jawatankuasa Transmission Control Protocol (TCP) atau lebih dikenal dengan sebutan Internet Protocol (IP) telah dibentuk. Sementara itu di Eropah muncul sebuah rangkaian saingan yang dikenali sebagai Europe Network (EUNET) yang meliputi wilayah Belanda, Inggeris, Denmark, dan Sweden. Jaringan EUNET ini mennggunakan emel dan newsgroup USENET.
Pada
tahun 1984, sebuah sistem dengan nama DOMAIN atau lebih dikenali sebagai Domain
Name System (DNS) telah diperkenalkan. Tujuannya adalah untuk menyeragamkan
semua alamat rangkaian komputer yang sudah ada di dalam sistem DNS
komputer yang bersambung dengan jaringan yang melebihi 1000 buah komputer. Pada
tahun 1987, bilangan komputer yang bersambung ke rangkaian telah melonjak 10
kali ganda dan menjadi 10000 buah lebih komputer.
Pada tahun 1988, Jarkko Oikarinen yang berasal dari Finland telah mencipta dan memperkenalkan Internet Relay Chat (IRC) dimana ia membolehkan dua orang atau lebih pengguna komputer berinteraksi secara langsung dengan penghantar mesej (chatting). Setahun kemudian jumlah komputer yang saling berhubungan melonjak ke 100000 buah komputer. Pada pertengahan tahun 1990, ini adalah tahun yang paling bersejarah dimana Tim Berners Lee ketika itu telah merancang sebuah program editor dan pelayar (browser) yang dapat melayari komputer dalam rangkaian. Program ini dikenali sebagai WWW atau World WideWeb.
Pada tahun 1988, Jarkko Oikarinen yang berasal dari Finland telah mencipta dan memperkenalkan Internet Relay Chat (IRC) dimana ia membolehkan dua orang atau lebih pengguna komputer berinteraksi secara langsung dengan penghantar mesej (chatting). Setahun kemudian jumlah komputer yang saling berhubungan melonjak ke 100000 buah komputer. Pada pertengahan tahun 1990, ini adalah tahun yang paling bersejarah dimana Tim Berners Lee ketika itu telah merancang sebuah program editor dan pelayar (browser) yang dapat melayari komputer dalam rangkaian. Program ini dikenali sebagai WWW atau World WideWeb.
Pada
tahun 1992, komputer yang telah membentuk rangkaian sudah melebihi 1000000 buah
komputer. Pada tahun yang sama, muncul satu istilah baru iaitu Surfing (menjelajah). Pada tahun 1994,
laman sesawang (website) dunia mulai tumbuh dengan subur (terdapat 3000 alamat
halaman) dan pertama kalinya Virtual
Shopping atau e-retail muncul
dalam pelbagai situasi. Dunia berubah sejajar dengan adanya Enjin Carian (Search
Engine) yang pertama, iaitu Yahoo yang dibangunkan oleh David Filo dan Jerry
pada bulan April 1994. Pada hujung tahun 1994, Netscape Navigator 1.0 telah
dilancarkan.
1.2 Maksud Rangkaian
Rangkaian
terdiri daripada dua atau lebih komputer yang dihubungkan untuk berkongsi
sumber (seperti pencetak dan pemacu CD), pertukaran fail dan membenarkan
komunikasi secara elektronik. Komputer dalam rangkaian boleh dihubungkan
melalui kabel, talian telefon, gelombang radio, satelit, bluetooth dan cahaya
inframerah (infrared).
Rajah 1.1
1.3 Kegunaan Rangkaian
1. Berkongsi
fail - rangkaian
membolehkan pengguna berkongsi data dan menyimpan salinan data (backup) kepada komputer yang
berbeza, contoh berkongsi gambar, fail muzik dan dokumen.
2. Berkongsi
peranti – Pengguna
dapat berkongsi peranti pencetak mesin faks, modem, pengimbas dan pemacu CD-ROM
dengan pengguna yang lain.
3. Berkongsi
akses internet – Rangkaian
komputer membenarkan pengguna mengakses internet secara serentak tanpa perlu
membayar ISP untuk beberapa akaun.
4. Pengurusan
perisian berpusat -
Salah satu manfaat yang besar bagi memasang rangkaian adalah semua perisian
boleh dimuatkan di dalam komputer pelayan (server). Komputer pelanggan (client)
dapat berkongsi perisian dengan pelayan. Ini menjimatkan masa pemasangan
perisian.
5. Mel
Elektronik (E-Mel) - Di
syarikat yang besar, emel atau alat mesej segera (instant messaging tools) digunakan untuk berkomunikasi dengan cepat
dan untuk menyimpan mesej untuk rujukan masa hadapan. Contoh, mel elektronik di
rangkaian kawasan setempat membolehkan murid berkomunikasi dengan guru dan
rakan sebaya di dalam rangkaian sekolah mereka sendiri (intranet seperti VLE
FROG).
1.4 Jenis Rangkaian
Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network - LAN)
Rangkaian kawasan setempat adalah
sekumpulan komputer dan peranti yang disambung bersama-sama yang biasanya di
bangunan yang sama seperti di kawasan fizikal yang kecil, seperti rumah,
pejabat, atau sekumpulan kecil bangunan
seperti sekolah atau lapangan terbang.
Bentuk LAN yang paling mudah adalah dua buah komputer berhubung menerusi
wayar atau tanpa wayar.
Rangkaian Kawasan Setempat
Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area
Network – MAN)
MAN lazimnya meliputi suatu kawasan georgafi yang
agak luas berbanding dengan rangkaian yang diliputi oleh LAN. Ia beroperasi di
bandar–bandar, gabungan beberapa buah sekolah ataupun di sesebuah daerah. MAN
menyediakan perkhidmatan yang lebih dari LAN termasuk gabungan suara, data,
imej dan video.
Antara ciri–ciri MAN ialah sambungan rangkaian
melebihi 100 buah komputer. MAN menggunakan media penghantaran berprestasi
tinggi (gentian optik) dan menjangkau seluruh bandar. MAN juga dikaitkan dengan
Bandar bestari yang menyediakan rangkaian khas untuk sesuatu bandar misalnya
Putrajaya dan Cyberjaya.
Rangkaian Kawasan Metropolitan
Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network - WAN)
WAN merupakan rangkaian komputer jarak jauh dan biasanya digunakan untuk menyambungkan komputer yang berada pada lokasi yang berbeza seperti negeri, negara dan benua. WAN disambungkan melalui sistem telefon atau satelit. WAN yang paling besar dan terkenal
ialah Internet.
Rangkaian
Kawasan Luas
Rangkaian Kawasan Peribadi
(Personal Area Network – PAN)
PAN
merupakan rangkaian komputer yang digunakan oleh orang perseorangan sebagai
alat komunikasi di antara peranti komputer. Ia juga rangkaian yang meliputi
kawasan beberapa meter yang terdiri daripada peranti wireless seperti komputer peribadi, komputer riba, pencetak
PDA, telefon selular, dan lain-lain. PAN boleh dibuat melalui port USB, Port FireWire, infrared dan bluetooth
PAN
– Rangkaian Kawasan Peribadi
Rangkaian Network Maya /
Virtual Private Network (VPN)
VPN
ialah rangkaian yang menggunakan infrastruktur awam dan internet untuk capaian
dan akses yang lebih selamat antara ibu pejabat dan cawangan-cawangannya yang
lain. Rangkaian ini menggunakan terowong untuk mengekalkan data terjamin.Ia
selalu digunakan oleh bank dan syarikat berskala besar.
Rangkaian
Network Maya / Virtual Private Network (VPN)
Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa
Wayar / Wireless LAN (WLAN)
WLAN
adalah jenis LAN yang menggunakan gelombang radio yang tinggi untuk
berkomunikasi di antara nod. Liputan bagi WLAN hanya 100 meter tanpa halangan dan
ia menggunakan piawaian 802.11 yang dibina oleh Institute of Electrical and Electronics Engineers, IEEE
Rangkaian
Kawasan Setempat Tanpa Wayar / Wireless LAN (WLAN)
WORLDWIDE INTEROPERABILITY FOR MICROWAVE ACCESS (WIMAX)
WiMAX
merupakan satu teknologi baru yang menyerupai WiFi. Rangkaian ini dikenali
dengan wireless MAN (Metropolitan Area Network). Jarak WiMAX ialah 50
kilometer.
WiMAX
mempunyai 2 Bahagian iaitu;
1. Sistem pangkalan WiMAX yang berasaskan
konsep manara telefon bimbit
2. Penerima WiMAX yang dipasang dirumah.
Rangkaian WiMax
1.5 Jenis Senibina Rangkaian
Senibina rangkaian adalah reka bentuk rangkaian
komputer dan sistem komunikasi yang merangkumi konfigurasi dan strategi yang
digunakan. Ia termasuklah penggunaan transmisi, perisian dan protokol –
protokol komunikasi dan infrastruktur penghantaran data berwayar atau tanpa
wayar. Terdapat dua jenis senibina rangkaian iaitu:
·
Pengguna
– ke – Pelayan ( Client – to – Server)
Pengguna – ke –
Pelayan (Client – to – Server)
Senibina
rangkaian ini terdiri daripada sebuah komputer pelayan (server) untuk melayan
komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client). Komputer pelayan akan
menjalankan pengurusan berpusat (centralized) untuk melayan pengguna dari segi
perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dan lain –
lain. Pelayan biasanya mempunyai spesifikasi berkuasa tinggi
manakala komputer pengguna adalah komputer yang meminta sebarang perkhidmatan
atau fail daripada komputer pelayan. Dalam masa yang sama, komputer pengguna
dalam rangkaian masih boleh membuat kerja – kerja individu dan menyimpan fail
kepunyaan individu di dalam komputernya. Komputer pelayan pula tidak memproses
atau mengubah data yang dikirim dan tidak perlu tahu jenis fail sebaliknya terus
menjawab permintaan dari komputer pengguna atas fail yang disimpannya.
Antara ciri–ciri
senibina rangkaian pengguna – ke – pelayan (Client – to – Server) adalah
seperti berikut:
I.
Keselamatan
sumber dan data dikawal oleh pelayan
II.
Perkongsian
data dan perisian aplikasi boleh di lakukan.
III.
Perbelanjaan
yang lebih mahal diperlukan untuk sebuah komputer pelayan.
IV.
Perlu
melakukan penyelenggaran (maintenance) untuk menjamin keberkesanan sistem
V.
Rangkaian
tidak berfungsi jika berlaku kerosakan pada pelayan.
·
Rakan
– ke – rakan (Peer – to – Peer)
Rakan - ke - Rakan (Peer
– to – Peer)
Rangkaian ini juga dikenali dengan P2P di mana
semua komputer di dalam rangkaian bertindak sebagai komputer pelayan dan juga
pengguna. Semua komputer berupaya mencapai fail yang terdapat di dalam komputer
lain dan juga menyediakan fail untuk komputer lain pada satu-satu masa.
Rangkaian komputer ini tidak mempunyai komputer pelayan dan pengguna hanya
perlu berkongsi fail dan ruangan simpanan serta sumber-sumber lain dari setiap
komputer dalam rangkaian. Setiap komputer dapat mengirim, menerima dan
memproses fail data kerana setiap komputer mempunyai potensi yang sama. P2P
hanya disyorkan untuk rangkaian yang tidak lmelebihi 5 buah komputer dan tidak
menggunakan fail-fail atau aplikasi yang besar. Namun pada hari ini, P2P boleh
berkongsi data dan maklumat merentasi sempadan dan jarak menerusi talian
internet.
Antara ciri-ciri senibina rangkaian P2P adalah
seperti berikut:
I.
Tidak
terdapat komputer pusat yang mengawal rangkaian dan sumber.
II.
Perkongsian
pada perkakasan dan fail boleh dibuat
III.
P2P
tidak dapat menjamin keselamatan data di dalam sesebuah komputer
IV.
Semua
komputer di dalam rangkaian mempunyai keupayaan yang sama di dalam mengirim,
menerima dan memproses fail.
1.6 Jenis Topologi
Topologi ialah susunan
geometrik perkakasan (nod) yang boleh dilihat secara fizikal pada rangkaian
setempat (LAN).
Rajah 1.6 Jenis Topologi
Topologi utama ialah:
• Topologi Bintang (Star
Topology)
• Topologi Cecincin (Ring
Topology)
• Topologi Bas (Bus Topology)
• Topologi Hybrid (Hybrid
Topology)
TOPOLOGI BINTANG
Topologi bintang ialah topologi di mana semua kabel penyambung
dari nod akan masuk ke satu lokasi pusat, di mana semua akan disambungkan ke
peranti yang dikenali sebagai hab.
Rajah 1.7 Topologi Bintang
·
Nod-nod dalam LAN berkomunikasi menerusi hab.
·
Sebagai contoh, komputer B dapat berkomunikasi secara terus dengan
perkakasan lain dalam rangkaian seperti pelayan, pencetak dan komputer A,C dan
D.
TOPOLOGI CINCIN
Topologi cincin adalah topologi di mana setiap nod disambungkan dengan dua nod
yang lain, membentuk satu laluan sejajar tunggal untuk penghantaran isyarat
terus ke setiap nod. Data akan melalui dari setiap nod ke setiap nod
seterusnya, setiap laluan nod yang dilalui akan menerima setiap paket data.
Rajah 1.8 Topologi Cincin
·
Penghantaran dan maklumat dilakukan satu arah sahaja (arah jam /
lawan arah jam)
·
Jika sambungan di antara komputer A dan komputer B rosak, komputer
B, C, D dan lain-lain nod tidak akan dapat menerima sebarang maklumat yang
dihantar.
TOPOLOGI BAS
Topologi bas, juga dikenali sebagai bas
linear, ialah topologi yang
paling mudah. Ia terdiri dari satu kabel yang dikenali sebagai segmen atau tulang belakang (backbone), yang menyambungkan semua nod
dalam rangkaian ke dalam satu barisan.
Rajah 1.9 Topologi Bas
·
Kelebihan – apabila talian komputer
A rosak, hanya komputer A terjejas.
·
Kekurangan – apabila tulang belakang
rosak, seluruh rangkaian terjejas.
TOPOLOGI HYBRID
Rajah 1.10 Topologi Hybrid
·
Merupakan
gabungan ketiga-tiga jenis topologi utama LAN.
·
Pengguna
mempunyai akses pada sebarang sumber / data yang dikongsi oleh pengguna di
dalam rangkaian.
·
Kebanyakan
sumber di tempatkan di pelayan (server).
1.7 Jenis Teknologi
Komunikasi
INTRANET
Intranet adalah rangkaian komputer yang
khusus untuk kegunaan pada persekitaran dalaman suatu organisasi. Intranet
menggunakan teknologi rangkaian sebagai alat untuk memudahkan komunikasi antara
orang atau kumpulan kerja untuk meningkatkan keupayaan perkongsian data seluruh
kakitangan organisasi.
Perkakasan rangkaian standard dan teknologi perisian yang
digunakan seperti Ethernet, WiFi, TCP / IP, pelayar web dan pelayan web.
Intranet sesebuah organisasi biasanya termasuk akses internet tetapi perlu melalui
tembok api (firewall) yang tidak
boleh dicapai terus dari luar dan dalam.
Rajah
1.11 Contoh intranet dalam organisasi
EKSTRANET
Ekstranet adalah rangkaian persendirian
yang menggunakan teknologi Internet dan sistem telekomunikasi awam untuk
berkongsi sebahagian daripada maklumat atau operasi perniagaan dengan pembekal,
vendor, rakan kongsi, pelanggan, atau perniagaan lain. Ekstranet itu boleh
dilihat sebagai sebahagian daripada intranet syarikat yang diberikan kepada
pengguna di luar syarikat.
Rajah
1.12 Contoh ekstranet dalam organisasi
INTERNET
Internet ialah rangkaian global komputer
yang saling berkait di seluruh dunia, yang boleh diakses oleh orang awam. Internet
merupakan rangkaian komputer yang berlainan yang disambungkan melalui rantaian
menggunakan wayar tembaga, gentian optik dan sambungan tanpa wayar terkini. Internet
berfungsi berdasarkan penghantaran data melalui satu jenis pensuisan paket yang
dikenali sebagai IP atau protokol internet.
Rajah
1.13 Contoh rangkaian Internet
No comments:
Post a Comment